Thursday, October 9, 2008

Program Tautan Mesra '08

Pendahuluan

Majlis perjumpaan semula bekas pelajar SMKBP merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara bekas pelajar disamping berpeluang untuk mengetahui perkembangan sesama pelajar.

Nama Program

Malam Tautan Mesra ‘08

Motto Program

“Malam Impian Sejuta Kenangan”

Tujuan

i) Memudahkan perbincangan dan perjalanan program alumni

ii) Mendapatkan kerjasama dari semua yang terlibat untuk menyumbangkan idea bagi memantapkan lagi program alumni

Objektif

i) Merapatkan hubungan di antara pelajar

ii) Menyediakan ruang interaksi secara langsung sesama rakan

iii) Sebagai satu aktiviti tahunan

Matlamat

Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan dan mempereratkan ikatan persahabatan di kalangan bekas pelajar SMK Beris Panchor sesi 1998-2002 dan menyediakan persekitaran di mana bekas pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

Penganjur

Jawatankuasa Pelaksan Program

Tarikh & Tempat

3 Oktober 2008 di Tok Bali

Penyertaan & Sasaran

Bekas pelajar SMKBP sesi ’98-02

Penutup

Adalah menjadi harapan agar program seperti ini mendapat sokongan dan dorongan dari semua pihak dan seterusnya dapt mencapai matlamat dan objektifnya disamping memberi faedah kepada semua.

5 comments:

rahman a.ka. dome said...

hrp smue kwn2 bleh support kt punye blog....
hahahaha....
aku oghe 1st hok komen...

mutia said...

aku pun hrp2 ramai hok support ..hok mn th tu tlg sebar2kn

panchorian98 said...

baguh2...
smgt lagu ni la hok kito nok..
haha...

nije said...

rama lg hok dok tahu pasal blog ni,,,kito nok wat gano eh,,suh demo ni bui komen lako,,,baru aktif sket blog ni

panchorian98 said...

apo susoh je..
kito sruh la tajul a.k.a biro publisher oyk ko blako..
br napok ado kijo skit haha..