Thursday, October 9, 2008
Pra Penjumpaan Alumni
Panchorian ’08 adalah satu badan berpersatuan yang akan didaftarkan di bawah Badan Berpersatuan M’sia. Persatuan ini akan dianggotai oleh bekas pelajar SMK Beris Panchor sesi ’98-02.
Objektif
i) Mengeratkan silaturrahim
ii) Mewujudkan ‘Networking’ sesama bekas pelajar
iii) Menjalankan aktiviti tahunan
Nama Persatuan
Panchorian ‘08
Penyertaan
Bekas pelajar SMK Beris Panchor kemasukan tahun 1998
Kelebihan
i) Menjalankan aktiviti tahunan spt. Majlis Berbuka Puasa, Ekspedisi Rekriasi, Melancong dsb.
ii) Menyediakan tabung bantuan kepada ahli sekiranya berlaku kesulitan dan kecelakaan.
iii) Sebagai satu madah untuk ahli bertukar fikiran, peluang dan idea.
Ahli Jawatankuasa
Akan dibincangkan pada Hari Program
Yuran Tahunan
Akan ditentukan kemudian
Penutup
Dengan penubuhan badan persatuan ini, bekas pelajar SMKBP ’98 mendapat manfaat yang berguna untuk kebaikan bersama. Diharap semua bakal – bakal ahli dapat memberi sokongan dan kerjasama penuh bagi menjayakan matlamat penubuhan badan persatuan ini.
Program Tautan Mesra '08
Pendahuluan
Majlis perjumpaan semula bekas pelajar SMKBP merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara bekas pelajar disamping berpeluang untuk mengetahui perkembangan sesama pelajar.
Nama Program
Malam Tautan Mesra ‘08
Motto Program
“Malam Impian Sejuta Kenangan”
Tujuan
i) Memudahkan perbincangan dan perjalanan program alumni
ii) Mendapatkan kerjasama dari semua yang terlibat untuk menyumbangkan idea bagi memantapkan lagi program alumni
Objektif
i) Merapatkan hubungan di antara pelajar
ii) Menyediakan ruang interaksi secara langsung sesama rakan
iii) Sebagai satu aktiviti tahunan
Matlamat
Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan dan mempereratkan ikatan persahabatan di kalangan bekas pelajar SMK Beris Panchor sesi 1998-2002 dan menyediakan persekitaran di mana bekas pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
Penganjur
Jawatankuasa Pelaksan Program
Tarikh & Tempat
3 Oktober 2008 di Tok
Penyertaan & Sasaran
Bekas pelajar SMKBP sesi ’98-02
Penutup